Club Cooee

Senin, 13 Februari 2012

Berdoalah….^_^

Allah Maha Mendengar…

Salah satu nama Allah yang baik dan indah ialah Al-Sami’. Allah Maha mendengar rintihan, aduan, kebimbangan dan luahan rasa daripada hamba-hambanya pada setiap masa, tempat dan ketika.

Antara suara yang paling Allah cintai selain daripada tangisan hambaNYA, yang bertaubat ialah doa daripada hambanya yang meminta...

Allah setia mendengar rintihan hamba-hambanya ibarat “Kekasih” yang saling mencinta. JIka Kekasih dalam kalangan Manusia mungkin akan jemu jika masalah yang sama diperdengarkan berulang-ulang kali, sebailknya, Allah tidak sebgitu,

Berdoalah~!
necaya Aku akan perkenaankan..Demikian yang ditegaskan dalam Al-Quran.

Jika ada jutaan manusia mengadu dan merintih dalam doa mereka kepada Allah, Allah tetap mendengar semua rintihan itu.

Sedangkan seorang pakar Kaunselor, Ulama, Kadi Atau Hakim yang terbaik sekalipun, tidak akan mempu mendengar dua atau tiga masalah pada suatu masa serentak.

Itulah kehebatan Allah sebagai Al-Sami’. Allah sudi dan mampu mendengar doa daripada hamba-hambanya pada satu masa!! Dia mulia dan Agung kerana kesudian dan kesediaanya mendengar rintihan dan doa tanpa jemu, tanpa mengira pangkat, darjat, harta dan rupa seseorang hamba…

Allah mendengar permntaan seorang raja, Allah juga mendengar rintihan seorang hamba,
Allah mendengar doa seorang ibu, Allah mendengar doa seorang anak, Allah mendengar doa seorang suami., Allah mendengar doa seorang isteri, mala Allah mendengar doa segala setiap mahkluk yang melata di bumi Allah..
Allah maha Adil.!!

Bayangkan, bagaimana Allah mampu melayan pelbagai doa daripada berbillon -billion manusia, daripada doa seorang pengemis yang merayu untuk mendapakan sesuap nasi, sehinggalah kepadad doa seorang Soleh yang memohon dipermudahkan urusan Pengabdian kepadaNYA, namun Allah tetap sudi mendengar, Oleh kerana itu Allah bukanlah sahaja mendengar tetapi Dia Maha Mendengar!

Keadaan ini berbeza dengan sikap manusia, sesama mereka terlalu ego dan bersikap berat sebelah, termasuk dalam soal mendengar ini. Iya, jika orang yang bercakap-cakap itu tinggi pangkatnya, maka orang bawahan senyap terpaku mendengar..tetapi jika yang bersuara itu orang bawahan, mungkin yang mendengar sambil cepat-cepat memotong cakap sebelum sempat dihabiskan percakapannya. Kalau si kaya bercakap, semua pihak menelinga dan tunduk akur. Tetapi apabila si miskin yang mengadu, ramai yang pura-pura tidak mendengar.

Mengapa bgitu sikap kita?
Mengapa kita tidak boleh terdidik dengan sifat Allah yang mana mendengar?
Mengapa kitaberbangga dengan apa yang kita miliki? Bukan kah itu semua milik Allah?
mala lebih malang lagi, kita begitu berat hati untuk menadah tangan berdoa kepadaNYA.
Mengapa? Adakah kita merasa Allah tidak mendengar, ataupun kita malas hendak berdoa?

Baiklah, sebenarnya malas berdoa ialah tanda kekerasan hati dan kesan daripada itu menyebabkan kita ditmpa kesusahan di dunia dan azab di akhirat.

Ingatlah dengan doa, hati akan menjadi lembut, fikiran akan menjadi cergas, perasaan akan tenang, jiwa akan tenteram.

Doa bukan petanda lemah.., tetapi ia adalah sifat manusia yang Gagah.
Insyallah..

Jaga Hati, Hiasi Peribadi, Moga Bahagia,
Allah Di Hati..
Cakkk~!~~^_^

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

footer widget